Tuesday, January 3, 2012

Bersihkan hati ini?


" Ingat awak baik sgt ke? Bagus sgt ke? Tak kena, tak tahu, bila awak kena baru awak tahu betapa peritnya...." ish.....macam itu pulak? Bukankah saya hanya nak bantu awak ? saya pulak yg di marah!awak doa saya pula dpt susah ? ingatkan bila awak susah , saya bagi kekuatan, bila saya susah later, saya harapkan awak pula tlg saya......

Emmm sapa suka ditegur? Sapa suka dinasihat? Manusia hanya suka mendengar apa yg dia rasa dia nak dengar .....apa yg dia rasa secucuk dgn dia pada masa dan ketIka itu. Seindah mana ayat yg kita guna,secantik mana bahasa kita ungkapkan , semurni mana ayat kita susun , selebar mana kita beri senyuman, selagi mana ianya mempunyai unsur2 membaiki dan merawat seseorang, tidak mudah manusia boleh menerima dgn hati yg terbuka.......tidak kira kata kata itu utk beri semangat, untuk beri perangsang apatah lagi untuk menasihati kepada yg lebih baik, ia akan di negativekan .......sbb ia dirasakan tidak secucuk dgn apa yg dia nak dengar......

Bukankah manusia itu sering lupa dan lalai..manusia itu perlu teman utk memberi semngat dan perangsang, manusia itu tidak perfect, manusia itu tidak kuat bila berseorangan? So, mengapa kita tidak berusaha utk berlapang dada instead...terima dgn hati yg terbuka, hati yg nak belajar, hati yg nak dikuatkan.....bukankah kita sering berdoa dan mengharapkan sahabat akan menegur bila kita lalai, beri semngat bila kita lemah, membantu apa yg dia mampu pada masa dan ketika itu?

Realitinya bila tiba saat itu, kita tak mampu utk menerima kata perangsang dan teguran? Adakah kita redha dan ikhlas dgn doa dan harapan kita sebelum ini?
Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan. Nobody perfect......kita pun tak perfect.....dan setiap manusia has different approaches......Jadi mungkin apa yg kita dengar dari dia adalah ucapan yg tebaik yg dia mampu ucapkan pada kita, ucapan yg terikhlas yg dia beri pada kita, ucapan yg dtg dr hatI yg bersih dan tulus.....jgn lah kita cepat sgt menegatifkan apa yg kita dengar.....sebenarNya sejauh mana kita boleh berlapang dada adalah berkadar langsung dgn keimanan kita, berkadar langsung dgn kebersihan dan ketulusan hati kita.....jgn salahkan org yg menegur atau yg memberi perangsang walau bagaimana sekali ayatnya.....tetapi kita check blk hati dan iman kita......kadang kadang apa yg diucapkan cepat saja dianggap menguris hati, kecik hati , sakit hati etc etc....sedangkan org yg ucap tu tak niat pun....aduihhhhh jgn lah kita sensitif sgt...kita sebenarnya yg bermasalah bukan dia.....Mulalah lepas tu...senyum pun tak mahu, kalu jumpa buat buat tak nampak, buat buat tak heran, tak dtg salam, hingga org yg ikhlas menegur atau merangsang td pula yg pelik? Apa salahku? Penat pulak org yg ikhlas tu nak pk kat mana silap dia.....hingga kadang2 tindakan kebudak budakkan kita menyebabbkan sahabat kita tu pula terasa hati dan sedih......tengoklah....pandai sungguh syaitan memainkan senjata nya...lagi2 org perempuan suka sangat bermain dgn hati........lebih bahaya bila bermain dengan hati bila hormone tak betul....semua org salah ,kita je yg betul...bila kita lemah, kita cepat rasa tercabar....
Bagaiman kita ? Adakah kita termasuk golongan org yg cepat melatah bila di nasihati atau bagaimana... Mari kita sama sama check diri...muhasabah diri...... Supaya kita tidak tertipu dgn syaitan dan tidak melukakan hati sahabat yg tulus ikhlas mahu membantu.....dia sayang kita sbb tu dia tegur kita, dia beri kata peransang, beri kata kekuatan, sbb dia nak kita strong, nak kita tabah, kita bersabar,. Bukan dia tak suka kita...kalau tak suka , dia tak ambil tahu... Lantaklah nak jadi apa pun dgn kita, dia tak kisah. Yg kisah ni ialah org yang sayang kita , yg bersungguh nak rapat dgn kita, nak share dgn kita, dia pilih kita pulak tu...patutnya rasa happy.

Macam lah kita tak pernah bg teguran atau perangsang pada org....kalau kita pk detail sgt, maybe kata kata kita yg kita rasa terbaik tu pun entah entah melukakan hati org juga...jadi , marilah kita belajar untuk menerima teguran dgn positif dan juga memberi teguran dgn ikhlas.....yang lebih tu kita serahkan pada Tuhan yg menciptakan...tak perlu kita judge ayat atau kata kata atau reaksi dia yg menegur....kalau pun kita rasa kata kata dia sgt tak baik.....kita terus terang dgn dia pada masa yg terbaik dan cara yg berhikmah......mungkin dia tak perasan .......sayangilah sahabat anda........mereka adalah aset yg penting dgn hidup anda.....akhirnya kehidupan anda lebih baik hasil dr teguran dia yg anda rasa tak leh terima to start with.........tapi sebenarnya itulah kata kata kekuatan yg menjadi pendorang dan pedoman buat anda......Sepatutnya kita bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada dia ......setiap kali kita nak ambil hati, kita pk balik apakah kebaikan yg selama ni sahabat kita dah buat pada kita. Takkan kerana sedikit teguran ikhlas dr dia , kita bermasam muka.....

Walhua'lam.....maaf zahir batin.....

Ummu ayman

No comments: