Inilah kisah kisah yang sering kita dengar...Penjagaan gigi adalah sgt penting..tetapi masyarakat kita sangat slack dgn penjagaan gigi dan gusi.....Cuba kita imbas balik ...bilakah kali terakhir kita pergi jumpa dentist, berapa kali kita jumpa dentist sepanjang hidup kita, kenapa kita jumpa dentist....usually kita akan bergegas jumpa dentist masa kita dilanda sakit gigi yang sgt teruk, bila nak buka mulut pun dah susah, bila tak leh tidur malam.....atau bila muka dah bengkak.....kenapa agaknya ini semua terjadi?
mungkin disbbkan:
2. tidak ada masa nak gi check gigi..bukan priority kita
3. kita rasa takde keperluan... tak sakit nak buat apa gi
4. dentist menakutkan
5. sakit....ngilu...
6. bunyi drill tu menakutkan
dan sebagainya......
berbagai bagai alasan diberi.....Disini saya ingin berkongsi .....
Sebenarnya , jika kita menjaga gigi dan gusi dari awal lagi...kita tak perlu takut...takkan sakit, yang sakit apabila gigi kita dah teruk baru nak jumpa dentist.....gusi bengkak, bila cucuk lagi terasa sakit,injection tak jalan sbb infection , bila nak cabut, hancur sbb dah reput..tu yang susah nak cabut....
Gigi dan gusi yang sihat adalah merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan pada kita. Kita akan rasa confident untuk senyum,bercakap dan berhadapan dengan orang.Penjagaan mulut terbahagi kepada 2- penjagaan gigi dan penjagaan gusi.Sehebat mana pun kita, secantik mana pun kita, bila gigi berkarat, gigi berlubang, gigi ronggak, gusi merah dan bengkak, hilang seri terus. Kita kena pastikan kita menitik beratkan kedua dua aspek ini. Gigi kuat dan gusi sihat....
Kalau gigi sihat, tak berlubang, tak stain tapi gusi tidak sihat pun tak berguna, bila penyakit gusi merebak, bakteria akan mkn bone around the gigi, akhirnya gigi goyang, then kena cabut.... kehilangan gigi jua. Kalau gusi sihat tapi gigi berlubang sana sini pun tak leh juga....akhirnya lubang semakin dlm hingga terkena nerve- akhirnya infection berlaku, gusi bengkak ...etc etc....
bila nak senaraikan masalah gigi ni mmg sgt byk....disini saya nak sarankan beberapa perkara.
Apa yang perlu kita buat dalam menjaga gigi dan gusi supaya sentiasa sihat dan cantik:
1.Jumpa dentist every 6 month for check up
Dentist akan check setiap gigi satu persatu, check gusi , ambil x-ray (bitewing x-ray just to check in between the teeth if ada decay. x-ray akan detect cavity dan decay in the early stage before it get worst).Then usually dentist akan buat scaling and cleaning-untuk buang karang gigi/ tartar dan akhirnya akan bagi fluoride treatment. Fluoride akan buat gigi kita kuat dan prevent sensitivity juga.
Jika dentist detect gi berlubang atau gusi tak sihat, dentist akan buat treatment sebelum ianya semakin teruk.pastikan akan buat semua treatment yang diperlukan. Anda boleh minta treatment plan daripada dentist anda supaya anda tahu berapa banyak gigi yang perlu di rawat, adakah perlu rawatan gusi etc. Jika gigi sangat kritikal, telah ada jangkitan kuman, usually anda akan diberi 2 pilihan- samada rawatan akar atau dicabut. Saya sarankan cuba untuk buat rawatan akar selagi mana anda mampu. Apabila gigi dicabut, akan ada banyak problem di masa hadapan (insyaAllah, akan dibincangkan di masa lain).
2. Gosok gigi 2 kali sehari- in the morning dan sebelum tidur.
Cara mengosok gigi yang berkesan:
- digosok selama 1-2 minit
- kedudukan berus gigi- 45 darjah dari gusi
- digosok secara bulatan kecil- berus gigi akan cover 2 to 4 batang gigi pada masa yang sama.
- jangan lupa memberus lidah anda.Lidah adalah organ yang paling banyak kuman.
3. Guna ubat gigi yang mengandungi florida.
Guna brand yang halal. Avoid Yahudi's !
4. Flossing . Mengunakan floss untuk membuang makanan yang terlekat di antara gigi dan gusi - yang boleh menyebabkan karang gigi jika dibiarkan lama.Berus gigi tidak dpt membersihakan kawasan ini.
Saya sarankan anda untuk, floss terlebih dahulu- mengeluarkan makanan yang terlekat, kemudian berus gigi then baru berkumur dgn mouthrinse. Ini cara saya.Different dentist are different though.
5. Berkumur dengan anti bakteria. Mengunakan mouthrinse at least once a day untuk kill the bacteria, prevent bad breath, soften the food yang lekat, protect your gum dan ada fluoride untk strengthen your teeth.
6. Tukar berus gigi anda every 3 month atau apabila bulunya mula melentur .
7. Dapatkan rawatan segera apabila anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada gigi dan gusi anda spt sengal sengal gigi, sakit gigi apabila makan benda manis, sejuk atau panas. gigi berdenyut-denyut, gusi berdarah ,teeth discolouration etc.
8. Menjaga pemakanan anda-banyakkan sayur dan buah, kurangkan makanan manis (ie coklat, gula-gula, ice cream , lollies), minuman berkarbonat/bergas,
Saya yakin, jika kita menjaga gigi dan gusi dgn baik, InsyaAllah gigi kita akan kekal hingga ke akhir hayat. semoga bermanfaat.
Mari kita amalkan Sunnah Rasullulah, bersugi sebelum berwuduk.
Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
( Riwayat Ahmad )
walhua'lam....selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment