Saturday, December 31, 2011

mutiara kata for today...wake up everyone!!!


THE CHALLENGE....

Let others lead small lives, but not you.
Let others argue over small things,
but not you.
Let others cry over small hurts, but not you.
Let others leave their future in nsomeone else's hands, but not you.

Friday, December 30, 2011

Tahajjad? bukan tahajjad sayang, tahajjud!


"Baba, Ummi, tahajjad tu apa? " Aiman bertanya penuh minat....
" Tahajjudlah abang aiman... bukan tahajjad.....emmm mana abang aiman belajar pasal tahajjud ni? "
" Tadi...at summer school...."
" Tahajjud tu...kita bangun mlm untuk solat pada Allah, zikir to Allah so we become closer to Allah....ingat tak masa bulan puasa, ramai org tidur dekat masjid....diaorang tidur kejab then bangun in the middle of night to worship Allah....u know, budak soleh kena bgn tahajjud selalu...."
" Baba, mlm ni kejut aiman bgn tahajjud ok...please baba!"
" InsyaAllah....bagus aiman ada niat nak bgn mlm...nilah anak soleh....jgn lupa doakan baba dan ummi ok..."Baba tersenyum puas...

MasyaAllah....budak 6 tahun dah kenal tahajjud...bersemangat nak bgn tahajjud...semoga ianya menjadi amalan yg sebati bukan hanya teori... Anak- anak perlu dididik dr awal lg.....kadang- kadang kita rasa mereka sgt kecil utk mengerti ...sebenarnya mereka cepat boleh faham...dgn syarat kita terang dgn ringkas (jgn byk sgt info) dan tepat...kita cuba bagi anology yg dekat dengan mereka...Anak-anak seperti kain putih...kita sbg ibubapa yg akan mencorakkan mereka...Ibu bapa sebagai role model...ibu bapa kena mula dulu...
So kalau si anak kecil semangat nak bgn tahajjud, bagaimana kita? sebagai ibu bapa, kita yg perlu mula dulu. Kalau belum setia dgn tahajjud di malam hari....kita mesti terus mencuba...mesti menunjukkan contoh...sesekali kita bangunkan anak2 kita, sama2 bersolat ...jgn hampakan harapan mereka walaupun mungkin mereka tak dpt bgn 100% atau bertahan solat lama2 tapi at least impian mereka untuk bgn dah tercapai....mereka akan rasa semangat nak bgn lagi next time...esoknya tu kita puji puji lah mereka ...bg semangat....

Tahajjud ni banyak kelebihannya...ianya amalan Rasullulah dan para sahabat...

Nabi SAW telah bersabda :“ Hai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah diwaktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Sorga dengan selamat.”(HR Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda lagi :
“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )

So apa lagi....sama2 kita bgn mlm, kita merintih memohon keampunan, rahmat dan kasih sayangNya...semoga kita termasuk dlm golongan yg dikasihiNya....kalau sesetengah manusia boleh berjaga mlm kerana tgk bola...apa salahnya kita bgn mlm utk beribadat kepada Allah , tuhan yg menciptakan kita....

walahua'lam..

ummu ayman....


ummu ayman....

Sunday, December 25, 2011